Telah terdetik di hati ana untuk membuat perubahan pada diri,pada hati ana yang telah lama dikotori oleh karat-karat jahiliah dan noda..perancangan Allah pada ana begitu agung,begitu sistematik,begitu terancang, SUBHANALLAH!!. Disaat hati ana memerlukan makanan,disaat diri memerlukan santapan rohani, Allah mendatangkan sebuah program,sebuah medan dan medium untuk mencari fitrah diri yang telah lama hilang dari dalam diri ana..iaitu program Kem Nadwah Kepimpinan Islam (NADI) ana diminta untuk menjadi 'abg faci' untuk membimbing adik-adik yang berada di tahap dua.Timbul persoalan di hati ana, "bolehkah aku bimbing adik-adik ni?"
Persoalan itu terus bermain di dalam fikiran ana sehingga tiba di tempat yang hendak dituju. apa yang ana dapat simpulkan pada hari yang pertama ialah hari yang memenatkan ditambah lagi dengan ujian dari Allah yang ana betul0betul tidak sangka.Pada hari pertama,malam pertama lagi,seorang adik dari ahli kumpulan ana tiba-tiba menangis hendak balik rumah,rindu mak dan ayah..ana yang tidak pernah mengalami perkara ini sebelum ini hanya mampu memujuk, tapi tidak berjaya..mujurlah ada kem komanden yang dapat memujuk walaupun linangan air matanya tidak henti membasahi pipi.
Sebelum melelapkan mata, hati ana meronta, mengadu,sebak,berat dan mcm2 lg perasaan yang ana rasa disebabkan kejadian tadi..hati ana bertanya.."mampukah aq teruskan ni?"
Malam itu ana tidur dengan kesayuan dan penuh harapan pada hari seterusnya..hati ana berkata lg.."ya Allah,berikanlah kekuatan ya Allah,aq hanya insan yang lemah.."