Rabu, 10 Februari 2010

Gagalkah ana?

Assalamualaikum wbt...

Pertama dan selamanya syukur pada Allah atas segala nikmat yang telah diberikan. Kadangkala, di suatu masa, ana sering terfikir, berfikir dan terus berfikir,tentang satu persoalan yang ana anggap persoalan yang penting yang perlu kita sama-sama fikir dan renungkan. Tapi pada akhir-akhir ini, persoalan tersebut sering berlegar-legar dalam minda kurniaan Allah ini.

Mulanya ana terfikir, bagaimana persoalan ini boleh datang begitu kerap sekali pada akhir-akhir ini, dan ana tidak mengharapkan persoalan ini datang, barangkali , Allah ingin tunjukkan sesuatu pada ana. sehingga kini, pada saat dan ketika ini, persoalan tersebut masih lagi, terus dan terus mencari dan menunggu jawapan daripada ana yang dhaif,yang lemah ini, yang tidak punya apa-apa kekuatan tanpaNya.

Melihat kepada keadaan persekitaran ana pada ketika ini, ana cukup merasa sebak bila persoalan itu timbul dan menuntut jawapannya dari ana. munculnya persoalan ini adalah disebabkan ana mula kehilangan sahabat yang ana kenal dulu, bukan seorang, tetapi ramai, ramai yang telah menjauhkan diri. Sahabat yang dulunya menjadi teman membuat kebaikan dan kebajikan, kini menjadi seseorang yang berbeza, yang tidak dapat diramalkan.

Apabila berlakunya keadaan ini, timbullah persoalan tersebut,


" apa yang telah ana lakukan? katakan? sehingga bolah jadi begini?"

Setelah itu, mucu lagi satu pernyatan dari hati kecil ana,

"ya Allah, aku gagal jadi sahabat yang baik..."

Persoalan itulah yang betul-betul, benar-benar membuatkan ana berasa sebak yang tidak terhingga. Firman Allah dalam surah al- hujurat ayat 10 yang bermaksud;

" sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara....."

Ya benar ya Allah, orang mukmin itu bersaudara, ana berasa gagal untuk menyempurnakan tugas sebagai saudara kepada saudara ana sendiri...

Ya Allah...
Berikanlah kekuatan kepadaku menghadapi ujianMu ini.....

Jumaat, 5 Februari 2010

kewajipan-kewajipan kita

Assalamualaikum..wbt..

Alhamdulillah...diberi ruang dan peluang lagi untuk meneruskan sedikit perkongsian yang insyaAllah ada manfaatnya untuk diri ana sendiri. Bercakap tentang kewajipan-kewajipan kita, sememangnya akan mengambil masa yang lama untuk sama-sama dibincangkan. Kata-kata Iman Hasan Al Banna boleh kita kaitkan dengan apa yang dicatatkan oleh Syed Qutb.


Menurut Syed Qutb dalam bukunya MANHAJ HIDUP MUSLIM, seorang muslim itu berkewajipan untuk mengatui cara untuk berterima kasih yakni bersyukur di atas nikmat kurniaan Allah Taala yang terbesar iaitu nikmat ISLAM. Allah Taala telah memasukkan kita ke dalam kelompok ummat nabi Muhammad SAW, maka bukti terima kasih kita terhadap kurniaan Allah yang terbesar ini ialah :

"dengan cara menunjukkan sikap sebagai pengikut-pengikut Rasullullah SAW yang tulus dan setia. Kerana Allah Taala telah memasukkan kita ke dalam kelompok masyarakat muslim. Maka satu-satunya cara memperlihatkan rasa terima kasih kepadaNya adalah dengan menjadi muslim yang benar."
(petikan dari buku LAILAHAILLALLAH, MANHAJ HIDUP ISLAM)

Sudah terang dan nyatalah bahawa antara kewajipan-kewajipan kita yang utama ialah mengatahui apa sebenarnya cara untuk kita bersyukur, mengatahui cara kita untuk menjadi "muslim yang benar" seperti yang dicatatkan oleh Syed Qutb. Muslim yang benar bermaksud muslim yang sebenar-benar muslim,yang muslim dalam segala aspek kehidupan yang dilalui.

Secara kesimpulannya, kewajipan kita, antara yang utama ialah menuntut ilmu, belajar dan terus belajar, dan memahami serta menjadi seorang muslim yang sebenar-benarnya. Marilah sama-sama kita belajar,mencari ilmu,mendalami ilmu, dan mencintai ilmu serta mengamalkan ilmu yang kita ada agar dengan ilmu yang kita ada ini akan menjadikan kehidupan kita diREDHAI ALLAH; itulah matlamat hidup yang perlu kita ingat selalu dan tanamkan di hati sanubari kita.

Moga-moga ada manfaatnya, ini adalah antara kewajipan kita dan ada banyak lagi kewajipan-kewajipan yang perlu kita ketahui dan laksanakan mengikut kemampuan kita. InsyaAllah di lain catatan kita akan bersama berkongsi lagi kewajipan kita yang seterusnya. INSYAALLAH..

Akhir kalam, marilah wahai diri , berusahalah,berjuanglah,berjihadlah mencari redha Allah..
Berikanlah kekuatan kepadaku YA ALLAH....

Khamis, 4 Februari 2010

ASSALAMUALAIKUM...WBT...

Mari sama-sama kita renungkan kata-kata As-Syahid Imam Hasan Al Banna...

"kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang kita ada"

Begitulah kata-kata daripada seoang mujahid,seorang pejuang agama Allah yang sememangnya perlu kita sama-sama renungkan, dan cuba fahami maksud yang tersirat daripada kata-kata tersebut. Ana juga sering tertanya-tanya dengan persoalan-persoalan daripada kata-kata tersebut. Apa sebenarnya kewajipan-kewajipan kita di dunia ini sehinggakan seorang pejuanga agama Allah ini berkata sedmikian. Ana ingin kongsikan, apa yang sebenarnya ana faham tentang "kewajipan-kewajipan" kita, tetapi sebelum itu, mari kita renungkan firman Allah dalam surah adz-dhaariyaat ayat 56 yang bermaksud;



"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku"


Berdasarkan firman Allah Taala,kita dapat lihat dan fahami dengan jelas tujuan dan matlamat penciptaan dan kewujudan kita di dunia ini. Ibadat ini bukan sahaja kita mengerjakan ibadat-ibadat khususiah, seperti solat,zakat,puasa, haji,membaca Al-Quran,bersedekah,dan yang sebagainya;tetapi ibadah ini ialah setiap apa yang apa yang kita cakapkan,setiap perkara yang kita buat,dan setiap apa yang kita fikirkan. Maksudnya, apa sahaja yang kita lakukan ( perkara baik ) , jika diniatkan kerana Allah, semua adalah ibadah.

Mudah-mudahan sedikit perkongsian ini ada manfaatnya bersama terutamanya diri ana yang serba kekurangan dan sedang berusaha mencari apa yang sepatutnya, iaitu MARDHATILLAH
( keredhaan Allah ) . InsyaAllah.. moga-moga diberi kekuatan oleh Allah untuk terus mencapai matlamat.

Berkenaan dengan kata-kata Imam Hasan Al Banna, insyaAllah ana akan kongsikan pada catatan yang akan datang.. INSYAALLAH....

Selasa, 2 Februari 2010

bertemu kembali.....

Assalamualaikum wbt....


ALHAMDULILLAH..pertama dan untuk selamanya, syukur pada Allah kerana dengan izinNya, ana masih lagi diberi, ruang dan peluang untuk mengecapi nikmat yang tidak semua orang dapat,dan bagi orang-orang yang dapat nikmat tersebut, tidak semua yang mampu menghayati dan mensyukuri nikmat tersebut. Inilah nikmat yang dipanggil nikmat IMAN dan ISLAM. Nikmat ini tidak akan dapat dirasai dan dinikmati kemanisan serta kelazatannya oleh HATI YANG BUTA. Bagaimana buta hati itu? Adakah ianya sama dengan buta mata? Sudah tentu, dan sama sekali buta hati ini tidak akan pernah sama dengan buta mata, kerana apabila kita buta mata, kita hanya tidak melihat dunia dan seisinya, akan tetapi, jika kita buta hati, kita tidak akan melihat sinar kebenaran walaupun ianya berada di hadapan mata. Apabila hati kita buta, kita akan menganggap dan merasakan sesuatu perbuatan maksiat itu betul dan benar, namun pada hakikatnya, pandangan itu sebenarnya bukan apa yang sebenarnya. inilah bahaya bila kita menjadi buta. Buta hati...

Sekali lagi syukur pada Allah kerana ana masih lagi diberi kekuatan untuk berkongsi apa yang ana rasa disaat dan ketika ini. setelah sekian lama, barulah ada ruang sedikit untuk ana membuat sedikit catatan yang InsyaAllah ada manfaat terutamaya untuk diri ana sendiri sebgai satu muhasabah atau dalam kata yang lebih canggih, refleksi diri. Bercerita tentang nikmat seperti yang ana sampaikan di awal catatan tadi, tidak akan habis cerita dan catatan ini kerana seseungguhnya kita tidak akan dapat menghitung nikmat Allah walaupun kita mengambil semua daun yang ada dalam dunia ini sebagai kertas dan kita jadikan air laut itu sebagai dakwat, nescaya, tidak akan habis kita catatkan nikmat-nikmat Allah. SUBHANALLAH...hebatnya Allah..

Ingatlah wahai diri, kita hanyalah hamba,hanyalah seorang hamba, hanyalah seorang hamba yang tidak punya kuasa dan daya, kitalah hamba yang sentiasa mendambakan bimbingan, petunjuk, dan pertolongan dariNYa. Tiada nilai kehidupan kita di dunia jika tidak menyempurnakan tujuan penciptaan dan kewujudan kita di dunia, yakni mencari MARDHATILLAH..keredhaan Allah..Bersyukurlah wahai diri, bersyukur dengan apa yang diberi, manfaatkan segala pemberian dan anugerahnya untuk mencari keredhaanNya..

Ya Allah...
berilah kekuatan kepadaku ...
perkenanlah ya Allah....