ASSALAMUALAIKUM...WBT...
Mari sama-sama kita renungkan kata-kata As-Syahid Imam Hasan Al Banna...
"kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang kita ada"
Begitulah kata-kata daripada seoang mujahid,seorang pejuang agama Allah yang sememangnya perlu kita sama-sama renungkan, dan cuba fahami maksud yang tersirat daripada kata-kata tersebut. Ana juga sering tertanya-tanya dengan persoalan-persoalan daripada kata-kata tersebut. Apa sebenarnya kewajipan-kewajipan kita di dunia ini sehinggakan seorang pejuanga agama Allah ini berkata sedmikian. Ana ingin kongsikan, apa yang sebenarnya ana faham tentang "kewajipan-kewajipan" kita, tetapi sebelum itu, mari kita renungkan firman Allah dalam surah adz-dhaariyaat ayat 56 yang bermaksud;
"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku"
Berdasarkan firman Allah Taala,kita dapat lihat dan fahami dengan jelas tujuan dan matlamat penciptaan dan kewujudan kita di dunia ini. Ibadat ini bukan sahaja kita mengerjakan ibadat-ibadat khususiah, seperti solat,zakat,puasa, haji,membaca Al-Quran,bersedekah,dan yang sebagainya;tetapi ibadah ini ialah setiap apa yang apa yang kita cakapkan,setiap perkara yang kita buat,dan setiap apa yang kita fikirkan. Maksudnya, apa sahaja yang kita lakukan ( perkara baik ) , jika diniatkan kerana Allah, semua adalah ibadah.
Mudah-mudahan sedikit perkongsian ini ada manfaatnya bersama terutamanya diri ana yang serba kekurangan dan sedang berusaha mencari apa yang sepatutnya, iaitu MARDHATILLAH
( keredhaan Allah ) . InsyaAllah.. moga-moga diberi kekuatan oleh Allah untuk terus mencapai matlamat.
Berkenaan dengan kata-kata Imam Hasan Al Banna, insyaAllah ana akan kongsikan pada catatan yang akan datang.. INSYAALLAH....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan