Jumaat, 12 Mac 2010

Hatiku Merintih Lagi....

ya ALLAH..

dengan berkat nabiMu dan berkat guruku
luruskanlah hatiku,agar agamaku lurus,
betulkanlah hatiku, agar ku ikhlas selalu
tetapkanlah hatiku, agar ku tak tergugat dengan ujian yang menimpa

ya ALLAH...

Tuhan yang mencipta hati, bersihkanlah hatiku,
agar mazmumahku tidak merosakkan agamaku,
dan juga tidak merosakkan kehidupan orang lain,

wahai Tuhan yang membolak balikkan hati,
kuatkanlah hatiku, agar keyakinanku tak berubah,
supaya aku sentiasa tabah,


Tuhan...

Engkau rasakanlah dalam hatiku supaya sentiasa bersamaMu,
supaya aku rasa, ada kawan melindungku,
agar aku tak rasa sepi di dalam hidupku.
aku merasa malu melanggar perintah,
dan aku sentiasa siap siaga menunaikan suruhanMu.

ya ALLAH...

Tuhan yang menjaga hati, baikilah hatiku,
agar seluruh hidupku menjadi baik,
supaya tidak khianat,tidak hasad dan tidak berdendam sesama manusia,

Tuhan..

limpahkanlah kedalam hatiku,
ilmu dan hikmah,
hingga aku dapat menyuluh hati dan menyuluh kehidupanku,
supaya lahir batinku bersyariat,
agal lahir batinku menjadi taat..

Allah...

aku harap Engkau kabulkan doaku ini..

( luruskan hatiku Tuhan - MawaddAH)

Bergetar hati ini, sebak rasa di dada, sakit menahan linangan air mata yang telah lama tidak keluar. Perasaan ana bercampur baur bila mendengar dan menghayati kandungan lirik lagu dan mesej yang disampaikan dari lagu di atas. Terasa diri ini sungguh hina,lemah,tak berdaya tanpaNya. Engkaulah segalanya bagiku ya ALLAH..kuatkanlah hatiku ya Allah...
tiada daya upayaku tanpa pertolonganMu..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan